Thursday, June 2, 2011

~Manusia atau binatang?~

Bismillah..[Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang]

Dalam kesibukan menghadapi exam, sempat lagi aku melayan FB. Dan hati aku terkesima di saat melihat gambar seorang bayi yang kecil mulus di campak dari tingkat lima sebuah pangsapuri. Ya Allah!! Betapa kejamnya manusia sekarang. Hatiku seperti di siat-siat. Kejam...terlalu kejam!!!!

~Bayi ini tidak berdosa~


Dalam hati terfikir nak tahu cerita lanjut tentang bayi ini. Dan sekali lagi dikejutkan dengan satu lagi kes bayi dibuang di tempat sampah. ASTAGHFIRULLAH!!! Apa nak jadi dengan dunia sekarang. Tahu buat tapi tak tahu menerima tanggungjawab.

Layakkah orang seperti itu mendapat gelaran "manusia". Atau mereka selayaknya dipanggil "binatang". Tapi kalau difikirkan kembali, binatang pon tidak akan membunuh anaknya sendiri. Malahan mungkin lebih baik daripada manusia.

Ingatlah, kita manusia diberikan kelebihan oleh Allah. Kita di beri "akal" dan akal ini lah yang membezakan diri kita dengan manusia. Allah menyuruh kita menggunakan akal dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan.

Ke manakah hilangnya akal tersebut? Di jualkah? Atau dibuang ke lautan?

Fikirlah wahai manusia sebelum engkau melakukan sesuatu. Setelah satu dosa, satu dosa lagi yang engkau lakukan. Mana hilangnya rasa perikemanusiaan dalam diri kalian. Bayi itu tidak berdosa. Dia juga punya hak untuk hidup di dunia. Jangan hanya kerana dosa yang kalian lakukan, bayi itu yang menerima akibatnya.

Insaflah. Dunia ini bukan punya kalian. Dunia ini kepunyaan Yang Maha Esa. Sedarlah. Jangan biarkan nafsu mengawal diri kalian.Bertaubatlah wahai manusia....

P/s: masih terkesan dengan berita tu. Maaf kalau ada terkasar bahasa...huhuT_T

2 comments:

  1. assalamualaikum,
    tadi izzah pun ada tnjuk gambar n berita baby ni T-T

    memang sangat kejam!

    dan seperti yg Allah nukilkan dalam AQ, mmg ada golongan yg buta hatinya, dan mereka LEBIH sesat dari binatang..

    mana taknya, diberi akal tapi tak digunakan, sedangkan binatang yg tak mempunyai akal pun tak melakukan perkara 'bodoh' seperti ini..

    mmg sgt sdyh dengan keadaan + masalah sosial yg menimpa msyarakat skrg..

    sama2 kita mainkan peranan utk menyedarkan manusia sekeliling ttg peranan n tujuan sbenar hidup derang di muka bumi ni :)

    wallahualam~

    ReplyDelete
  2. wslm..huhu..ntah la..teruk sangat masalah ni skrg...xthu pe nk jd dh...T_T

    ReplyDelete