Monday, March 1, 2010

~Wanita Solehah Idaman Hati~

Assalamualaikum...buat sahabat2ku..sekadar renungan bersama...hari ni ak luangkan sedikit masa tuk postkan sesuatu...sekadar renungan buat kita yg bergelar muslimah...buat sesiapa yg sudi meluangkan masa..mgkin pe yg ak postkan sedikit bosan..almalklumlah org yg br nk mengenal blog..ap2 pon ak akn cbe tuk gnekan blog ni tuk postkan sumthing yg bermanfaat buat kita semua..insyaAllah...

Usahlah merasa sedih andai kita dikatakan x up-to-date...almaklumlah zaman dh berubah..dunia dh maju...manusia xlg memandang agama...pe yg dipandang hanya kecantikan duniawi...kaum lelaki asyik mengejar perempuan..kaum perempuan asyik mengejar kemewahan smpai lupa harga diri...terlalu mudah cair ngan pjuk rayu kaum adam....

Jom sama2 hayati penulisan kat bawah..=p




Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali.



Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.



Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.

Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.


p/s:semoga kita berjaya menjadi WANITA SOLEHAH...aminnnnn...=)