Monday, June 21, 2010

~semoga engkau damai di sana~


MACHANG: Hasrat seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Paloh Satu dan Dua, Gua Musang, menimang cahayamata selepas empat tahun berkahwin tidak kesampaian apabila maut dalam nahas membabitkan dua kereta di Kilometer 28.5, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Pulai Chondong di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5.15 pagi itu, Mohd Zuwairi Azahari, 30, dalam perjalanan ke sekolah apabila Proton Saga dipandunya bertembung sebuah kereta lain menyebabkan mangsa serta dua penumpang kereta itu meninggal dunia akibat parah di kepala dan badan.

Isteri Mohd Zuwairi, Saidati Yusof, 30, berkata arwah suaminya memang teringin menimang cahayamata selepas empat tahun mereka berkahwin, namun hajatnya tidak kesampaian apabila meninggal dunia dalam kejadian itu.

“Apakan daya, dia terlebih dahulu meninggalkan saya menyebabkan hajat kami tidak kesampaian. Namun, saya reda dengan kejadian itu kerana arwah seorang yang bertanggungjawab dan baik kepada keluarga,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Machang (HM) di sini, semalam.


walaupun dah 2 thun engkau pergi...tp hati ak masih lagi mengingatimu...payah sklai tuk aku lupakan semua kenangan bersamamu....gelak tawamu....senda guraumu....semuanya masih terngiang dalam kepalaku......

tanggal 22/06/2008,sehari sebelum hari lahirku yg ke-19, jam 5.30 pg, disaat mataku masih lagi terpejam, enak dibuai mimpi...tdur ak yg lena dikejutkan dgn satu berita yg begitu menyentap hatiku.....aku dikejutkan kakak ak...


"farah, bgun!!!!kita blik kg skrg...abg ju dh xde???"

xdpt ak gmbrkan, betapa terkejutnya ak....trasa jantungku luruh dr tmpat asalnya....br semalam ku dgr khabar abgku berada dlm keadaan sihat dan nak dtg ke rumah kakakku di Klanag, tp hari ni ak dgr berita yg mmg ak xdpt nk trima....

abgku meninggal dlm kemalangan ketika dalam perjalanan menuju ke sekolah utk memberi ilmu kpd anak2 muridnya....

disaat azan subuh berkumandang, dia menghembuskan nafasnya yg terakhir dgn bantuan syahadah dr teman perjuangannya...Alhamdulillah ya Allah....

tp ad sesuatu yg membuatkan ak terkilan...abg ak teroaksa di "postmortem" untuk mencari punca kematian...fmilyku tidak menyetujuinya tp apakan daya, takdir ditgn Allah....ak dpt merasa betapa skitnya roh abgku disaat mayatnya di"psotmortem"...dr luar, kedengaran bunyi mesin membuka satu persatu tulang ditubuh abgku....betapa skitnya ya Allah!!!!!!walaupun ak xmerasainya.....

Hanya doaku buat abg ku...damailah engkau disana..semoga engkau tergolong dalam golongan org2 yg beriman...amin....

p/s: kematian itu pasti, dtg tanpa kita duga....sudah bersediakah kita???? [esok exam lagi...xske=((]



Friday, June 18, 2010

nk wang mudah tp status xdiketahui atau wang ssh tp halal?????

"login facebook dapat RM100 hari2", "dgn hanya RM20,anda akn mendapat pulangan berpuluh kali ganda" dan macam2 lg perniagaan skrg...

bila menggunakan akal yg xwaras..nk je ak join....tp bila dipk blik, halal ke nt duit yg akan ak dapt tu???

dari mne dtgnye duit2 tu sume???xkan la hanya login skli, sng2 je dpt RM100...klu btul, ak pon xnak...dok umah, goyang kaki, tp poket still penuh...xyah ak nk penatkan otak blaja....[tension ngan exam sbnrny]...hik3

dan ketika kepala ak tgh penuh n macet memilirkan psal SOOCA, terdetik dlm kepala otak ak yg mmg ngan macet ni nk tuk cri kebenaran yg dh lme tersembunyi...

dan kat cni..ak jmpe artikel yg sedikit sebyk bleh membantu ak...

http://www.zaharuddin.net/content/view/915/72/

sama2lah kita menilai sendri.....ptut atau tidak kita menyertai skim cmtu....ingtlah, sesuatu yg haram klu kita mkn akan menggelapkan hati kita....BERWASPADALAH!!!(^_^)

p/s:nk exam SOOCA...wish me luck...tkotttt!!!!

Wednesday, April 14, 2010

~ak mengarut lg..=p~

Assalamualaikum, salam ukhwah fillah...

setelah lame menyepi...setelah lme menyembunyikan diri...ak kini kembali dgn azam baru..azam utk mengubah diri ak...dari seorg manusia kepada seorg insan...

walaupun xthu pe yg ingin ak luahkan, ak gagahkan jg jari jemariku yg sememangnya masih lagi terasa kebas dek terpaksa membersihkan "kulat" kesayanganku yg dh brape kali ak bersihkan..[mmg2 xphm bahasa tol kulat ni..haish..sabar je la Farhana oiiii]....

ntah knp hari ni trase bersemangat lak nk menulis kat cni...tetiba jer terlintas kat kepala otakku yg xde la biol sgt..hik3...sedang ak cbe melepaskan lelahku lepas sehari suntuk kelas yg memenatkan, ntah kenapa persoalan ni timbul dalam benak ak..ntah dr mana dtgnya pon ak xthu....nk kata peminat sinetron xjg...hehe...sekadar perkongsian bersama....

mak ak pernah ckp kat ak...

"biarlah kita xde rupa, biarlah xde org nk pandang, yg penting kita masih ad maruah dan harga dri".....

kata2 ni still terngiang2 kat telinga ak yg sememangnya dipenuhi dgn cerumen ni...hik3

pe yg ak cbe nk smpaikan kat cni...mana pergi maruah muda-mudi sekarang...

knp terlalu murah harga dri kita skrg ni...knp terlalu mudah kita menjual maruah kita....

bukanlah nk ckp yg diri ak ni baik...cme bila ak pk kan blik sal hal ni..hati ak menjadi sebak....

sebak krn ak jg seorg pemudi...

btullah...dunia dh hampir dgn penghujungnya..manusia dh xthu nk bezakan antara dosa dan pahala...pe yg dosa dianggapnya pahala..pahala dianggapnya dosa....hidup menyimpang jauh dr landasan agama..yg sememangnya telah ditunjukkan Dia yang Maha Esa...hanya bergantung pada diri kita sama ada ingin mengikutnya atau tidak....

sejujurnya, ak menulis semua ni bknlah rekaan semata2...tp realiti yg berlaku kat dunia pada masa skrg...

rmai yg menyedari hal ni, tp knp xde satu pon langkah yg diambil tuk menanganinya....pergaulan bebas berlaku di mana sahaja..kes buang bayi saban hari mkin mnjadi, padahal mereka xbersalah dlam hal ni..knp perlu kita berlaku kejam kpd mereka...knp kita xbenarkan mereka merasa nikmatnya kehidupan....zina, maksiat, liwat.....setiap hari menjadi tjuk utama akhbar....tp dimanakah kita???? dimnakah tanggungjawab kita sbg khalifah yg diutus Allah tuk memakmurkan dunia ni, bknnya merosakkan dunia dgn semua ni???

dimanakah nilai insan dalam dri kita???

sedangkan haiwan yg xberakal pon thu menyayangi anaknya sedangkan kita, MANUSIA yg ckup akalnya xmampu tuk memiliki perasaan itu???

adakah dunia yg dh terbalik atau dri kita dh bertukar menjadi haiwan???

siapakah yg harus di persalahkan???

PEMUDAkah???

PEMUDIkah???

IBU BAPA kah???

KERAJAAN kah???

DIRI KITA SENDIRI kah???

tepuk dada, tanyalah hati...[xphm gak knp org slalu ckp, tepuk dada tnya selera..blurrrrr]

sudah hilangkah rasa malu dalam diri kita???

renung2kanlah sahabat2ku.....bkn mudah tuk menjadi insan tetapi terlalu mudah tuk menjdi manusia.....

p/s: sy org br belajar, klu slh mintak ditunjuk ajar....peace..=))

Monday, March 1, 2010

~Wanita Solehah Idaman Hati~

Assalamualaikum...buat sahabat2ku..sekadar renungan bersama...hari ni ak luangkan sedikit masa tuk postkan sesuatu...sekadar renungan buat kita yg bergelar muslimah...buat sesiapa yg sudi meluangkan masa..mgkin pe yg ak postkan sedikit bosan..almalklumlah org yg br nk mengenal blog..ap2 pon ak akn cbe tuk gnekan blog ni tuk postkan sumthing yg bermanfaat buat kita semua..insyaAllah...

Usahlah merasa sedih andai kita dikatakan x up-to-date...almaklumlah zaman dh berubah..dunia dh maju...manusia xlg memandang agama...pe yg dipandang hanya kecantikan duniawi...kaum lelaki asyik mengejar perempuan..kaum perempuan asyik mengejar kemewahan smpai lupa harga diri...terlalu mudah cair ngan pjuk rayu kaum adam....

Jom sama2 hayati penulisan kat bawah..=p




Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali.



Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.



Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.

Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.


p/s:semoga kita berjaya menjadi WANITA SOLEHAH...aminnnnn...=)

Saturday, February 27, 2010

~I'm new here~

Dh lme x update blog ni..ingatkan account dh mati...btw ak pon xthu pe yg nk ditulis kat cni...klu ad sesaper yg sudi berkongsi pe2, silakan..ad masa, ad peluang, ad cite best ak post lg..hehe..salam ukhwah semua...(^_^)

Thursday, April 30, 2009

~warkah buat HAWA~

HAWA , andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah bt kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH...

HAWA, andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...

HAWA, lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu HAWA, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

HAWA, cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH, cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki..

p/s:berhati-hatilah wahai kaum hawa...syaitan sentiasa ada di mana-mana utk menyesatkan kita..xkira walau sekuat mana iman kita, andai kita lalai n melupakan Allah walau utk sedetik..pasti kita akan termakan pujuk rayu syaitan...moralnya, jangan couple tp casper bleh...hik3

Wednesday, April 22, 2009

~wanita~

"Ketika wanita diciptakan, ia
diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Diciptakan
bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;
namun, harus cukup lembut untuk memberikan
kenyamanan."

"Diberikannya kekuatan dari dalam
untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Diberinya kekerasan untuk membuatnya tetap
tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh
keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa
mengeluh."

"Diberinya kepekaan untuk mencintai
anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika
anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Diberinya kekuatan untuk mendukung
suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Diberinya kebijaksanaan untuk mengetahui
bahwa seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji
kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada
disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, diberinya air mata untuk
dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah
dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus
dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya,
tempat dimana cinta itu ada."

~setiap wanita adalah sangat chantik~