Monday, March 28, 2011

~When life has you feeling down.........~

Hidup xselalunya cerah, kadang-kadang pasti ada kegelapan di sebaliknya. Seperti langit di atas sana. Tidak akan selalunya cerah membiru, pasti akan mendung juga. Begitulah hakikat yang dihadapi oleh Zura (bukan nama sebenar). Zura merupakan seorang gadis yang periang tapi hakikatnya kegembiraannya itu bukan selamanya menjadi miliknya.

Dari seorang gadis yang periang, Zura berubah menjadi seorang gadis yang suka menyendiri. Permasalahan keluarga yang menghimpitnya membuatkan Zura hilang pedoman diri, hilang kekuatan dan semangat.

Konflik hatinya semakin hari semakin tebal, membuatkan Zura kadang-kadang menyalahkan takdir dengan apa yang berlaku ke atas dirinya. Zura terus hanyut kerana terlalu memikirkan nasib hidupnya yang tidak seperti orang lain. Hanyut dan terus hanyut...............

.......................................................................................................................

Kawan-kawanku sekalian,

Bukan mudah untuk kita hadapi hidup ini andai diri kita ini tidak kuat. Walau sebesar mana pon permasalahan yang kita hadapi, ingatlah dan percayalah, dihadapan kita pasti akan ada jalan keluarnya. Kerana Allah sayang pada kita. Dia tidak akan memberi kita ujian yang tidak mampu untuk kita pikul.

Cuba kita lihat disekeliling kita, andai kita merasa bahawa diri kita adalah yang paling malang, tanggapan kita itu 100% malah mungkin 1000% SALAH. Adakah anda menyokong apa yang saya katakan. Kalau anda sokong, silalah angkat kaki anda. Hehehe...^_^

Kawan-kawanku,

Cuba kita ambil contoh yang terbaik di depan kita. Sahabat-sahabat dan saudar-saudara kita di Palestin. Mereka diuji dengan dugaan yang saya pasti 1000% yang mana kalau kita berada di tempat mereka, kita pasti akan menjadi orang pertama yang akan keluar dari sana mencari tempat yang lebih aman. Tapi mereka tidak. Kerana mereka tahu, mereka berada di jalan yang benar. Perjuangan mereka adalah kerana Allah, Tuhan yang menciptakan kita semua.

Kerana itu, jangan sesekali kita menyalahkan takdir dengan apa yang berlaku ke atas diri kita sekarang.

"Ketika seorang merasa putus asa dan tidak ada lagi jalan keluar dari kesulitan yang dialaminya, maka saat itulah jalan keluar akan datang." [QS. Yusuf: 110]



Percayalah suatu saat nanti, pertolongan Allah pasti akan datang. Kuatkan hatimu, dekatkan dirimu dengan Allah kerana dengan cara itu, hidupmu akan tenang....

<>

~Sama-samalah kita renungkan. Semoga dengan ini juga dapat memujuk hatiku yang sememangnya penuh dengan masalah yang membuatku kadang-kadang ingin lari dari hidup ini...T_T~