Thursday, June 2, 2011

~Manusia atau binatang?~

Bismillah..[Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang]

Dalam kesibukan menghadapi exam, sempat lagi aku melayan FB. Dan hati aku terkesima di saat melihat gambar seorang bayi yang kecil mulus di campak dari tingkat lima sebuah pangsapuri. Ya Allah!! Betapa kejamnya manusia sekarang. Hatiku seperti di siat-siat. Kejam...terlalu kejam!!!!

~Bayi ini tidak berdosa~


Dalam hati terfikir nak tahu cerita lanjut tentang bayi ini. Dan sekali lagi dikejutkan dengan satu lagi kes bayi dibuang di tempat sampah. ASTAGHFIRULLAH!!! Apa nak jadi dengan dunia sekarang. Tahu buat tapi tak tahu menerima tanggungjawab.

Layakkah orang seperti itu mendapat gelaran "manusia". Atau mereka selayaknya dipanggil "binatang". Tapi kalau difikirkan kembali, binatang pon tidak akan membunuh anaknya sendiri. Malahan mungkin lebih baik daripada manusia.

Ingatlah, kita manusia diberikan kelebihan oleh Allah. Kita di beri "akal" dan akal ini lah yang membezakan diri kita dengan manusia. Allah menyuruh kita menggunakan akal dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan.

Ke manakah hilangnya akal tersebut? Di jualkah? Atau dibuang ke lautan?

Fikirlah wahai manusia sebelum engkau melakukan sesuatu. Setelah satu dosa, satu dosa lagi yang engkau lakukan. Mana hilangnya rasa perikemanusiaan dalam diri kalian. Bayi itu tidak berdosa. Dia juga punya hak untuk hidup di dunia. Jangan hanya kerana dosa yang kalian lakukan, bayi itu yang menerima akibatnya.

Insaflah. Dunia ini bukan punya kalian. Dunia ini kepunyaan Yang Maha Esa. Sedarlah. Jangan biarkan nafsu mengawal diri kalian.Bertaubatlah wahai manusia....

P/s: masih terkesan dengan berita tu. Maaf kalau ada terkasar bahasa...huhuT_T

Tuesday, May 24, 2011

~JIHAD~

Bismillah....[Dengan nama Allah Maha Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang]

Sekadar perkongsian bersama. 

Jihad???

Bila terdengar perkataan ini, pasti bermacam-macam perkara bermain dalam benak kita. 

"Jihad itu apa??"

"Macam mana kalau nak berjihad???"

"Kita kena berperang ke kalau nak berjihad???"

Itu semua persoalan lazim yang sering keluar dari mulut kita. dan sebenarnya pengertian jihad itu terlalu besar. Berjihad bukan bermaksud kita harus ikut serta dalam peperangan. Tanpa kita sedar, kita juga telah berjihad dalam apa yang kita lakukan seharian. Sebagai contoh, apabila kita melihat perempuan berpakaian menjolok mata, kita menahan diri kita daripada memandang perempuan itu. Kita sudah pon berjihad. Berjihad melawan nafsu kita.

Baru semalam saya mendengar tazkirah dari teman serumah saya. Cerita tentang seorang pejuang Islam. 

ABDULLAH YUSUF AZZAM

Pernahkan teman-teman sekalian mendengar nama beliau? Sejujurnya di saat teman saya menyebut nama ABDULLAH YUSUF AZZAM, dalam hati saya juga tertanya-tanya siapakah beliau? Almaklumlah, saya baru saja nak mendalami Islam dengan lebih dalam. Walaupun memang sejak dilahirkan, saya sudah beragama Islam, tetapi tahap keislaman dan keimanan saya belum cukup kuat untuk menjadi seorang muslim yang sejati. InsyaAllah jika diizinkan Yang Maha Kuasa..^_^ {selingan...hehe)

Daripada apa yang teman saya ceritakan, ABDULLAH YUSUF AZZAM ini merupakan salah seorang pejuang Islam yang kuat yang berasal dari Palestin. Bermacam-macam cara yang dia lakukan untuk berjihad menegakkan agama Allah yang satu. Walaupun di saat Israel cuba menakluk Palestin, beliau telah keluar dari Palestin, tidak bermaksud beliau lari. Tetapi tujuan beliau hanya satu. Ingin mengukuhkan dan menambahkan ilmu dan ilmu yang diperoleh akan digunakan balik untuk melawan musuh-musuh Islam. Beliau berjihad dengan cara menuntut ilmu dan menggunakan ilmu beliau untuk melawan balik musuh-musuh Islam.





Jadi daripada cerita ini dapat kita lihat, jihad tidak memerlukan kita untuk berperang. Tetapi setiap tindakan yang kita lakukan, disertai dengan niat yang betul, insyaAllah akan menjadi JIHAD kita dalam menegakkan agama Allah...amin....

Wallahualam

P/s: kalau nak tahu cerita lanjut mengenai ABDULLAH YUSUF AZZAM, boleh lah minta tolong dari pada pak "GOOGLE"..:-D

Friday, April 8, 2011

~Kalaulah Abang Masih Ada...T_T~



ABANGKU,
Kenapa terlalu cepat engkau meninggalkan kami,
Di saat kami masih memerlukan kata-kata semangat darimu, 
Di saat kami memerlukan sokongan darimu,
Engkau hilang tidak mungkin akan kembali lagi.....

ABANGKU,
Semenjak engkau pergi dari hidup kami,
Bermacam-macam dugaan yang kami hadapi,
Bermacam halangan yang harus kami tempuhi,
Kami sudah tidak kuat menghadapi semua itu lagi....

ABANGKU,
Tahun ini (2011) merupakan tahun yang paling sukar buat diriku,
Berbagai-bagai kejutan yang aku terima saban hari,
Daripada satu kejutan kepada kejutan yang lain,
Sepertinya aku tidak kuat lagi menghadapi dugaan ini....

ABANGKU,
Andainyan engkau masih berada di sisi kami, 
Pasti engkau punya cara untuk selesaikannya,
Kerana sesungguhnya saat ini, 
Adik-adikmu ini buntu mencari jalan keluar....

ABANGKU,
Kami tidak tahu harus memilih yang mana satu,
Kalau kami pilih di sini, kami akan kehilangan yang di sana,
Kalau kami memilih yang di sana, kami akan kehilangan yang di sini,
Kami harus bagaimana lagi.....

ABANGKU,
Aku tahu engkau pasti mengerti apa yang ingin aku sampaikan,
Aku tahu walaupun engkau sudah tiada,
Tapi semangatmu masih ada dalam diri kami.....



ABANGKU,
Jikalau engkau masih di sini, 
Aku pasti kata-kata ini yang akan keluar dari mulut engkau,

"Sabarlah wahai adik-adikku, sesungguhnya Allah sedang menguji kitaa saat ini...jangan berputus asa, tetapkan diri pada Yang Satu, letakkan Dia sebagai yang pertama dalam hatimu, nescaya suatu saat nanti, Dia akan memberi kembali sinar yang hilang dalam hidup kamu...."

Benarkan?????
Andainya engkau mampu mengiyakan.........

ABANGKU,
Adik-adikmu ini akan cuba menguatkan diri menghadapi segala dugaan ini, 
Adik-adikmu ini akan terus tabah menghadapi ujian ini,
Cuma satu sahaja yang adikmu ingin katakan di sini,

Adikmu ini sangat merinduimu.....

Semoga engkau bahagia di sana......
Al-Fatihah.....

P/s : Kata-kata ini aku tujukan khas buat arwah abangku, Mohd Zuwairi Azahri yang sudah hampir 3 tahun pergi meninggalkan kami....walaupun engkau sudah tiada di sisi kami, dirimu akan kami ingat sampai bila-bila...engkaulah semangatku...aku rindukan segala-galanya tentang diri kamu...aku doakan engkau bahagia di sana...walaupun engkau tiada untuk memberi aku semangat, tapi aku tahu, Allah akan sentiasa bersama denganku.......AKU RINDUKAN KAMU....T_T

Monday, March 28, 2011

~When life has you feeling down.........~

Hidup xselalunya cerah, kadang-kadang pasti ada kegelapan di sebaliknya. Seperti langit di atas sana. Tidak akan selalunya cerah membiru, pasti akan mendung juga. Begitulah hakikat yang dihadapi oleh Zura (bukan nama sebenar). Zura merupakan seorang gadis yang periang tapi hakikatnya kegembiraannya itu bukan selamanya menjadi miliknya.

Dari seorang gadis yang periang, Zura berubah menjadi seorang gadis yang suka menyendiri. Permasalahan keluarga yang menghimpitnya membuatkan Zura hilang pedoman diri, hilang kekuatan dan semangat.

Konflik hatinya semakin hari semakin tebal, membuatkan Zura kadang-kadang menyalahkan takdir dengan apa yang berlaku ke atas dirinya. Zura terus hanyut kerana terlalu memikirkan nasib hidupnya yang tidak seperti orang lain. Hanyut dan terus hanyut...............

.......................................................................................................................

Kawan-kawanku sekalian,

Bukan mudah untuk kita hadapi hidup ini andai diri kita ini tidak kuat. Walau sebesar mana pon permasalahan yang kita hadapi, ingatlah dan percayalah, dihadapan kita pasti akan ada jalan keluarnya. Kerana Allah sayang pada kita. Dia tidak akan memberi kita ujian yang tidak mampu untuk kita pikul.

Cuba kita lihat disekeliling kita, andai kita merasa bahawa diri kita adalah yang paling malang, tanggapan kita itu 100% malah mungkin 1000% SALAH. Adakah anda menyokong apa yang saya katakan. Kalau anda sokong, silalah angkat kaki anda. Hehehe...^_^

Kawan-kawanku,

Cuba kita ambil contoh yang terbaik di depan kita. Sahabat-sahabat dan saudar-saudara kita di Palestin. Mereka diuji dengan dugaan yang saya pasti 1000% yang mana kalau kita berada di tempat mereka, kita pasti akan menjadi orang pertama yang akan keluar dari sana mencari tempat yang lebih aman. Tapi mereka tidak. Kerana mereka tahu, mereka berada di jalan yang benar. Perjuangan mereka adalah kerana Allah, Tuhan yang menciptakan kita semua.

Kerana itu, jangan sesekali kita menyalahkan takdir dengan apa yang berlaku ke atas diri kita sekarang.

"Ketika seorang merasa putus asa dan tidak ada lagi jalan keluar dari kesulitan yang dialaminya, maka saat itulah jalan keluar akan datang." [QS. Yusuf: 110]



Percayalah suatu saat nanti, pertolongan Allah pasti akan datang. Kuatkan hatimu, dekatkan dirimu dengan Allah kerana dengan cara itu, hidupmu akan tenang....

<>

~Sama-samalah kita renungkan. Semoga dengan ini juga dapat memujuk hatiku yang sememangnya penuh dengan masalah yang membuatku kadang-kadang ingin lari dari hidup ini...T_T~

Friday, July 23, 2010

Melayu kan gagah di nusantara?????(^_^)

Assalamualaikum........

Hehehe....hari ni terasa nak "update"kan blog...cuma satu perkongsian....

Masa aku tengah khusyuk menelaah pelajaran..[khusyuk ker????hehe] tetiba jer terdengar satu lagu ni...sesuai tuk didengar oleh insan yang rasa dia melayu sejati...kalau bukan melayu sejati, xperlulah dengar...hehe...peace(^_^)

Mungkin ada yang pernah dengar tapi tak salahkan kalau dengar lagi sekali...sebab ada sesuatu yang nak disampaikan dalam lagu ni...ayuh yer kita dengar sama-sama....ngeh3..[tiru kawan ak gelak]




WARISAN

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah pribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara.......


Pesanan buat melayu..hehe..
  1. Renung-renungkanlah wahai Melayu......apa yang berlaku pada kita apabila kuasa yang tinggal untuk kita juga jatuh ke tangan kaum lain?????
  2. Doakan saya exam..huhuhu...(^_^)

Wednesday, July 14, 2010

Mengapakah kau terlalu kejam???


Sedangkan haiwan sayangkan anaknya, inikan pula kita manusia yang diciptakan dengan penuh kesempurnaan....dimanakah akal yang diberikan oleh Sang Pencipta???

Apakah salah mereka sampai sanggup kita memperlakukan mereka sedemikian rupa?? Dimanakah silapnya kita?? Ataupun diri sudah berasa sempurna?? Kalau begitu tanggapan kita terhadap diri sendiri, silaplah kita....renung2kanlah wahai manusia....

Terdetik hati ini untuk menulis...walaupun mungkin dah berpuluh-puluh atau beratus-ratus atau mungkin beribu-ribu kali hal yang sama diungkitkan....mungkin bukan diungkitkan oleh aku tapi oleh insan lain yang bergelar manusia.....

Renung2kanlah wahai manusia....kenapa tubuh mulus yg suci bersih itu sanggup kau tinggalkan bersama sang nyamuk, sang semut yang memang sejak awal sudah bersedia....menantikan rezeki di depan mata....tidakkah kau terpikir yang kau dulu pernah melalui saat itu....tapi kau bernasib baik kerana diberi peluang untuk merasai kenikmatan dunia....tapi kenapa tidak terdetik walau sesaat dihati kau untuk membenarkan tubuh mulus itu merasa hal yang sama seperti yang kau rasa????


Dimana letaknya harga diri kau manusia??? Andainya aku dapat meluahkan segala isi hati aku, akan aku cakap

"manusia sekarang sama seperti haiwan malahan haiwan mungkin beratus kali ganda lagi baik dari manusia"

Cuba kau amati sendiri asal usul kejadian diri kau...kau berasal dari setitis mani dan sebutir telur....yang disempurnakan kejadiannya oleh Sang Pencipta...sama seperti si tubuh mulus....cuma yang membezakan kau dan dia...kau lahir dari satu hubungan yang suci tapi dia lahir dari perbuatan kau sendiri...tapi kenapa kau tidak memberikan dia hak untuk merasai apa yang telah kau rasai??? Kau memang mementingkan diri sendiri.......

Ayuhlah manusia...insaflah atas segala perbuatan kau....jangan dianiayai lagi tubuh kecil itu...berikanlah hak mereka dan janganlah sesekali kau khianati hak mereka....Ingatlah manusia, andai kau khianati hak mereka di dunia ini, janganlah kau menyesal apabila di akhirat kelak, si kecil itu datang menuntut hak yang tidak diperolehnya di dunia...

Buat si kecil mulus:

Walaupun kau tidak diberi peluang untuk merasa indahnya hidup di dunia, tetapi percayalah kau akan memperoleh nikmat yang tidak terhingga di akhirat kelak.....janganlah kau bersedih hati kerana sesungguhnya kau lebih beruntung.....

Buat si ibu:

hargailah si kecil mulus....jangan sesekali kau sakiti mereka....walaupun kehadirannya ke dunia tidak kau pinta, tapi sayangilah mereka seperti mana kau disayangi oleh orang tuamu kerana MEREKA TIDAK BERDOSA...berilah mereka peluang untuk merasai indahnya belaian seorang ibu sepertimana kau merasai belaian ibumu....percayalah kasih sayang yang kau curahkan buat mereka di dunia pasti akan mendapat imbalan yang setimpal di akhirat.....

Wallahualam.....

P/s : terdetik hati nak mengupdate blog...ni pon selepas melihat satu video kat FB....tapi tu kekejaman kat seekor kucing...mmg dh xsanggup nk tgk....KEJAM BETUL MANUSIA....huhuhu....klu ad yg terasa maafkan diri ini...kerana aku jg insan biasa sepertimu...(^_^)


Monday, June 21, 2010

~semoga engkau damai di sana~


MACHANG: Hasrat seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Paloh Satu dan Dua, Gua Musang, menimang cahayamata selepas empat tahun berkahwin tidak kesampaian apabila maut dalam nahas membabitkan dua kereta di Kilometer 28.5, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Pulai Chondong di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5.15 pagi itu, Mohd Zuwairi Azahari, 30, dalam perjalanan ke sekolah apabila Proton Saga dipandunya bertembung sebuah kereta lain menyebabkan mangsa serta dua penumpang kereta itu meninggal dunia akibat parah di kepala dan badan.

Isteri Mohd Zuwairi, Saidati Yusof, 30, berkata arwah suaminya memang teringin menimang cahayamata selepas empat tahun mereka berkahwin, namun hajatnya tidak kesampaian apabila meninggal dunia dalam kejadian itu.

“Apakan daya, dia terlebih dahulu meninggalkan saya menyebabkan hajat kami tidak kesampaian. Namun, saya reda dengan kejadian itu kerana arwah seorang yang bertanggungjawab dan baik kepada keluarga,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Machang (HM) di sini, semalam.


walaupun dah 2 thun engkau pergi...tp hati ak masih lagi mengingatimu...payah sklai tuk aku lupakan semua kenangan bersamamu....gelak tawamu....senda guraumu....semuanya masih terngiang dalam kepalaku......

tanggal 22/06/2008,sehari sebelum hari lahirku yg ke-19, jam 5.30 pg, disaat mataku masih lagi terpejam, enak dibuai mimpi...tdur ak yg lena dikejutkan dgn satu berita yg begitu menyentap hatiku.....aku dikejutkan kakak ak...


"farah, bgun!!!!kita blik kg skrg...abg ju dh xde???"

xdpt ak gmbrkan, betapa terkejutnya ak....trasa jantungku luruh dr tmpat asalnya....br semalam ku dgr khabar abgku berada dlm keadaan sihat dan nak dtg ke rumah kakakku di Klanag, tp hari ni ak dgr berita yg mmg ak xdpt nk trima....

abgku meninggal dlm kemalangan ketika dalam perjalanan menuju ke sekolah utk memberi ilmu kpd anak2 muridnya....

disaat azan subuh berkumandang, dia menghembuskan nafasnya yg terakhir dgn bantuan syahadah dr teman perjuangannya...Alhamdulillah ya Allah....

tp ad sesuatu yg membuatkan ak terkilan...abg ak teroaksa di "postmortem" untuk mencari punca kematian...fmilyku tidak menyetujuinya tp apakan daya, takdir ditgn Allah....ak dpt merasa betapa skitnya roh abgku disaat mayatnya di"psotmortem"...dr luar, kedengaran bunyi mesin membuka satu persatu tulang ditubuh abgku....betapa skitnya ya Allah!!!!!!walaupun ak xmerasainya.....

Hanya doaku buat abg ku...damailah engkau disana..semoga engkau tergolong dalam golongan org2 yg beriman...amin....

p/s: kematian itu pasti, dtg tanpa kita duga....sudah bersediakah kita???? [esok exam lagi...xske=((]